Wikia Lawak Kampus


Lawak Kampus adalah sebuah siri komik yang menceritakan hitam putih kehidupan di alam persekolahan menengah yang lazim dengan pelbagai tabiat dan masalah pelajar.

Ia dimulakan pada tahun 2003 dan dicipta oleh dua artis Gempak Starz, Keith dan Zelo. Komik ini diterbitkan oleh Kadokawa Gempak Starz (dahulunya Kumpulan Art Square).

Kini, Lawak Kampus telah diterjemahkan dalam beberapa bahasa iaitu Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, Bahasa Indonesia dan Bahasa Thai.

Pada tahun 2011, Keith telah menghasilkan satu buku kompilasi Lawak Kampus iaitu Lawak Kampus: Kompilasi Mantap. Pada tahun 2018, Lawak Kampus telah mencapai ulang tahun yang ke-15 dalam industri komik.

Pada tahun 2021, Keith mengumumkan di akaun Facebooknya tentang pembikinan animasi Lawak Kampus, yang merupakan usaha sama antara Kadokawa Gempak Starz dan Lil Critter Workshop.[1]

Sejarah[]

Pada tahun 2003, C2V datang berjumpa dengan Keith dan Zelo berkenaan tentang satu lakaran kumpulan watak yang dihasilkan untuk komiknya, Sickolah dan malangnya, C2V tidak mempunyai masa untuk membuat komik tersebut. Jadi, Keith dan Zelo mulakan kerja mereka untuk mereka semula watak-watak tersebut tetapi semuanya telah ditolak oleh C2V.

Setelah mendapat sokongan daripada artis-artis Gempak Starz, mereka akhirnya berjaya menyiapkan bab rekaan watak dan tajuknya telah ditukar dari Sickolah kepada Lawak Kampus. Pada tahun yang sama, Zelo meninggalkan Gempak untuk menyambung pelajarannya di Australia. Dari situ, mulanya tanggungjawab Keith untuk menghasilkan siri-siri Lawak Kampus yang seterusnya.

Pencapaian[]

  • 2005: Menang Best Multi Frame Comic Strip Finalist di 2nd Oriental Animation & Comic Competition (OACC)
  • 2007: Menang Best Overseas Comic di 3rd Oriental Animation & Comic Competition (OACC)
  • 2008: Menang Shorei Award di Japan's 1st International MANGA Award
  • 2009: Menang Most Popular Comic di 1st Malaysian Mandarin Comic Society Awards
  • 2011: Menang Best 4-Panel Comic Strip di 2nd Malaysian Mandarin Comic Society Awards
  • 2012: Menang Golden Monkey King Award untuk Best Foreign Comic di 8th China International Cartoon & Animation Festival (CICAF)
  • Sepuluh tahun dalam industri komik (2013)
  • 2014: Menang Gold Award untuk Best Comic Storyboard di 11th Oriental Animation & Comic Competition (OACC)
  • 2015: Menang Best 4-Panel Comic Strip untuk Asian Youth Animation & Comics Contest anjuran Asian-Pacific Animation & Comics Association (APACA)
  • 2017: Menang Outstanding Comic Artist di China-Asean Top Business Award
  • 2018: Menang Best Humor Comic di Asia Pasific Animation & Comics Award

Jilid-jilid Lawak Kampus[]

Jilid Tajuk Tema Tahun penerbitan
1. "Lawak Kampus" Tiada Ogos 2004
2. "Lawak Kampus Rebound" Rebound November 2005
3. "Lawak Kampus Revive" Revive Mac 2007
4. "Lawak Kampus League" League April 2008
5. "Lawak Kampus Log In" Log in Mac 2009
6. "Lawak Kampus Teamwork" Teamwork November 2009
7. "Lawak Kampus Move On" Move on Jun 2010
8. '"Lawak Kampus Connection" Connection November 2010
9. "Lawak Kampus Jilid 9" Aktiviti harian Februari 2011
10. "Lawak Kampus Jilid 10" Robot Mei 2011
11. "Lawak Kampus Jilid 11" Makanan Ogos 2011
12. "Lawak Kampus Jilid 12" Muzik November 2011
13. "Lawak Kampus Jilid 13" Facebook Mac 2012
14. "Lawak Kampus Jilid 14" 9GAG Jun 2012
15. "Lawak Kampus Jilid 15" Cerita dongeng September 2012
16. "Lawak Kampus Jilid 16" K-Pop Disember 2012
17. "Lawak Kampus Jilid 17" Glamor Mac 2013
"Lawak Kampus: Friends Edition" Friends Edition April 2013
18. "Lawak Kampus Jilid 18" Comel Julai 2013
19. "Lawak Kampus Jilid 19" RPG Oktober 2013
20. "Lawak Kampus Jilid 20" Santai Februari 2014
21. "Lawak Kampus Jilid 21" Sarkas Jun 2014
22. "Lawak Kampus Jilid 22" Instagram Oktober 2014
23. "Lawak Kampus Jilid 23" Maraton Februari 2015
24. "Lawak Kampus Jilid 24" Kampung Julai 2015
25. "Lawak Kampus Jilid 25" Chatime Disember 2015
26. "Lawak Kampus Jilid 26" Interior April 2016
27. "Lawak Kampus Jilid 27" Pokémon Go Oktober 2016
28. "Lawak Kampus Jilid 28" Tanah liat Disember 2016
29. "Lawak Kampus Jilid 29" Jepun April 2017
30. "Lawak Kampus Jilid 30" Nerf Ogos 2017
31. "Lawak Kampus Jilid 31" Wira Disember 2017
32. "Lawak Kampus Jilid 32" Makanan ringan April 2018
"Lawak Kampus Add-On" Add-on September 2018
33. "Lawak Kampus Jilid 33" Detektif November 2018
"Lawak Kampus 365" Ulang Tahun ke-15 Lawak Kampus Disember 2018
34. "Lawak Kampus Jilid 34" Gundam Mac 2019
35. "Lawak Kampus Jilid 35" Hantu Ogos 2019
36. "Lawak Kampus Jilid 36" Warung makan Disember 2019
37. "Lawak Kampus Jilid 37" Barisan hadapan Jun 2020
38. "Lawak Kampus Jilid 38" Permainan video September 2020
39. "Lawak Kampus Jilid 39" Perang COVID-19 Disember 2020
40. "Lawak Kampus Jilid 40" Perkhemahan April 2021
41. "Lawak Kampus Jilid 41" Grab September 2021
42. "Lawak Kampus Jilid 42" YouTuber Disember 2021
43. "Lawak Kampus Jilid 43" Metaverse Mei 2022
44. "Lawak Kampus Jilid 44" Monopoly September 2022
45. "Lawak Kampus Jilid 45" Tokusatsu Disember 2022
46. "Lawak Kampus Jilid 46" Ulang Tahun ke-20 Lawak Kampus Mei 2023
47. "Lawak Kampus Jilid 47" LK School Daze September 2023
48. "Lawak Kampus Jilid 48" The Simpsons Januari 2024
49. "Lawak Kampus Jilid 49" Olimpik Mei 2024
50. "Lawak Kampus Jilid 50" MRT September 2024
51. "Lawak Kampus Jilid 51" Area 51 Januari 2025
52. "Lawak Kampus Jilid 52" Konsert Mei 2025

53.

"Lawak Kampus Jilid 53" Telefon Oktober 2025

Watak[]

Rujukan[]