FANDOM


Mickey

Mickey
Maklumat watak
Nama Mickey
Jantina Lelaki
Pekerjaan Pelajar sekolah, Pembuli, Samseng
Sekolah Sekolah Menengah Lawak Kampus
Saudara-mara ???
Kawan Sharkhead
Musuh Vanness, Aditas, Si Kosong
Penampilan pertama Lawak Kampus #1


Hi, I'm Mickey. I'm fine. Thank you so much for your concern.

— Mickey, Lawak Kampus Jilid 13, m/s 095

Mickey adalah salah seorang pelajar yang bermasalah dan perbuatannya selalu ditegur oleh Pengetua.

Penampilan

Mickey mempunyai rambut oren dan gigi jongang. Dia selalu dilihat memakai pakaian seragam sekolah. Apabila dia melakukan aktiviti luar, dia memakai t-shirt putih dan berseluar pendek berwarna hijau.

Perwatakan

Mickey suka membuli pelajar-pelajar yang lain, terutamanya Vanness dan Aditas dengan rakan karibnya, Sharkhead. Kadang-kadang, dia dan Sharkhead juga suka muncul dalam gambar orang lain (supaya mereka tidak akan dilupakan).

Trivia

  • Pernah sekali Mickey bersopan-santun dengan Vanness dan Froggy selepas diculik dan dikeluarkan semula dari van selepas 1/2 jam kemudian. Ini boleh dikatakan dalam jilid 13.
  • Dalam jilid 14, Mickey pernah sekali beri bentonya kepada seorang budak sekolah.
  • Dalam jilid 28, handphone Mickey telah dipecahkan oleh Vanness.
  • Mickey juga mempunyai berus gigi yang sangat besar.

Galeri

Community content is available under CC-BY-SA unless otherwise noted.