Lawak Kampus Wiki
Advertisement
Pen
Penguin2
Nama Pen
Jantina Lelaki
Pekerjaan Guru/Pengganti Cikgu Noodle/Posmen
Tempat bekerja Sekolah Menengah Lawak Kampus
Saudara-mara ???
Kawan Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Lawak Kampus,Cikgu Noodle
Musuh Cikgu Noodle
Penampilan Pertama Lawak Kampus Log In

Pen adalah seorang guru haiwan yang mengajar di SMK Lawak Kampus. Kadang-kadang, dia mengajar kelas Cikgu Noodle sebagai penggantinya. Dia tinggal di sebuah peti pos berwarna merah.

Perwatakan[]

Pen selalu hadir ke sekolah melalui pakej atau laci meja Cikgu Noodle. Setiap kali dia tolong menggantikan Cikgu Noodle untuk mengajar, dia selalu mendapat sambutan hangat daripada pelajar perempuan (terutamanya) kerana dengan penampilannya yang comel dan bergaya.

Dia lebih bijak dari Cikgu Noodle dan kadang-kadang, dia membantu Cikgu Noodle menjawab soalan-soalan susah yang dihantar/ditanya daripada murid-murid Cikgu Noodle. Dia juga merupakan seorang yang baik hati dan selalu membantu orang dalam kesusahan.

Penampilan[]

Pen adalah seekor penguin berwarna biru dan mempunyai stail rambut yang sama seperti Cikgu Noodle. Dia memakai tali leher hitam dan membawa sebuah fail apabila dia pergi ke sekolah.

Trivia[]

  • Rumah Pen adalah sebuah peti pos.
  • Pernah satu kali Cikgu Noodle cuba untuk menyamarnya dengan memakai sut menyerupai Penguin tetapi gagal.
  • Dia, Cikgu Noodle, Yumi dan Dr. J kongsi stail rambut yang sama.
  • Rambut Pen sebenar adalah rambut palsu. Buktinya ada dalam jilid 23.
  • Pen juga ialah ketua penguin.
  • Pen ialah salah satu watak-watak yang tidak bercakap.

Galeri[]

Advertisement